Perbincangan

Setelah melihat apa faktor-faktor pendorong lompat parti dan kesan-kesannya...sekarang kita perbincangkan, buat ulasan dan simpulkan isu ini.


Individu yang berstatus tinggi cenderung untuk merampas kawasan, makanan dan peluang daripada individu yang mempunyai hierarki yang lebih rendah. Oleh itu, lebih tinggi status seseorang individu itu maka lebih besar peluangnya untuk berjaya selain mempunyai sumber untuk melabur bagi menjamin keturunannya yang seterusnya. Status ini bergantung kepada keupayaan untuk mendapatkan sokongan yang lain. Begitulah yang berlaku di dalam fenomena lompat parti.


Tindakan melompat parti oleh wakil rakyat menjadi krisis politik utama di negara kita pada masa kini. Perlu diingat bahawa pengundi memilih calon untuk menjadi wakil mereka di dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri berdasarkan parti politik. Maka, secara moral dan etikanya adalah salah jika wakil rakyat ingin melompat ke dalam parti yang lain selepas pilihan raya atas sebab apapun.


Tindakan ini dikira sebagai perbuatan mengkhianati pengundi yang telah meletakkan harapan dan kepercayaan kepada mereka. Oleh itu, Kerajaan harus meluluskan undang-undang anti lompat parti untuk menghentikan budaya lompat parti ini daripada berterusan. Wakil rakyat harus menyelesaikan tugas mereka kepada parti dan rakyat yang mereka wakili sebagai satu prinsip. Walaupun demikian, jika wakil rakyat berkenaan berkeras untuk menukar parti di pertengahan jalan, maka dia diharuskan untuk mengosongkan kerusinya dan mengikuti pilihan raya baru di bawah lambang parti yang baru.


Undang-undang lompat parti sangat galak diperbincangkan semasa ada ura-ura yang mengatakan bahawa 16 wakil Barisan Nasional (BN) akan bakal melompat ke Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Selepas impian Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Inrahim untuk melangkah ke Putrajaya pada 16 September yang lalu tidak menjadi kenyataan, cadangan mengenai undang-undang lompat parti pun terus senyap begitu sahaja tanpa khabar berita.


Sehinggalah ADUN Bota, Nasaruddin Hashim melompat keluar parti BN dan menyertai PKR. Dengan itu timbul kembali cadangan agar undang-undang lompat parti digubal bagi mengawal tindakan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat keluar melompat ke parti lain.


Cadangan mewujudkan rang undang-undang bagi menyekat wakil rakyat melompat parti perlu diberikan pertimbangan yang sewajarnya. Jika tidak rakyat akan menjadi semakin keliru, hilang keyakinan dan kepercayaan serta terasa seolah-olah amanah dan tanggungjawab yang diberikan krpada mereka di dalam pilihan raya adalah sesuatu yang sia-sia kerana akhirnya dikhianati. Pandangan Masyarakat terhadap individu yang melakukan lompat parti adalah serong kerana mereka yang melompat parti.


Dapat dilihat juga wang memainkan peranan yang penting dalam politik. Kita harus megakui betapa besarnya kuasa dan pengaruh wang. Walaupun pemimpin menafikan tidak melakukan amalan politik wang namun hal berkenaan politik wang ini tidak dapat disangkal kewujudannya. Di mana ada politik di situ ada wang. Yang dinamakan politik itu ialah orang yang berkuasa mempengaruhi orang yang mempunyai kurang kuasa. Bagaimana individu itu mempengaruhi individu yang lain ialah dengan bantuan wang. Siapa yang menawarkan wang yang lebih besar dan lumayan maka itulah yang akan di sanjung.


to be continue...

Newer Posts Older Posts Home