Faktor seterusnya ialah perasaan tidak puas hati. Seseorang wakil rakyat itu adalah cenderung untuk menukar atau melompat parti disebabkan oleh rasa tidak puas hati kepada parti yang disertainya. Sejauh mana benarnya hipotesis ini?

Mari kita lihat...

Pada 25 Januari 2009 yang lalu, Dato' Nasharuddin Hashim telah malompat daripada BN ke PKR. Hal ini telah dinyatakan dan diumumkan oleh Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR Petaling Jaya.

Dato' Nasharuddin merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Bota, Perak setelah beliau menang di dalam PRU 2008 yang lalu. Beliau adalah ahli Dewan Undangan Negeri pertama dari parti BN dan ahli DUN kedua menyertai PKR sejak 08 Mac 2008.

Tindakan Nasharuddin melompat parti dilihat sebagai satu tindakan yang tidak wajar. Ini mungkin disebabkan oleh kekalahan beliau di dalam pertandingan jawatan Ketua UMNO Bahagian Parit pada Oktober 2008 di mana beliau tewas kepada Datuk Mohd Zaim Abu Hassan.

Adakah hanya dengan disebabkan beliau tidak berjaya merebut jawatan itu maka beliau mengambil keputusan dan bertindak meninggalkan parti yang selama ini memberi ini memberikan kepercayaan penuh kepadanya?

Seterusnya pula kes Datuk Zahar Ibrahim yang merupakan ahli politik UMNO yang telah melompat ke dalam parti PAS. Beliau telah menjadi ahli parti UMNO selama 26 tahun dan menjawat jawatan sebagai ketua bahagian UMNO Petaling Jaya Selatan. Selain itu, beliau juga pernah menjadi ahli DUN Taman Medan, Selangor.

Zahar Ibrahim pernah mengkritik berkenaan dengan penyalahgunaan kuasa Perdana Menteri, Datuk Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Najib Tun Razak dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di PWTC.

Akibat daripada kritikan tersebut, jawatannya sebagai ketua UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan telah digantung selama 3 tahun oleh Majlis Tertinggi UMNO yang bermula pada 3 Disember 2008.

Beliau berpendapat bahawa pemimpin tertinggi UMNO tidak lagi mengambil kira kepentingan dan kehendak rakyat terutamanya orang melayu. Lantas beliau mengambil tindakan melompat parti pada 24 Disember 2008 dengan secara mengejut dan menyertai parti pembangkang PAS.

Kita dapat lihat di sini bahawa Datuk Zahar nampaknya tidak berpuashati dengan pucuk pimpinan parti UMNO dan seterusnya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti tersebut.

Yang sebenarnya, beliaulah yang bertindak mengikut perasaan dan hati sendiri tanpa mengambilkira apa yang difikirkan oleh rakyat setelah beliau melompat parti...bukankah tindakan beliau mendahulukan kepentingan sendiri lebih daripada kepentingan rakyat yang telah mengundi beliau atas tiket parti UMNO?

seperti kata pepatah melayu...habis madu sepah dibuang...bila sudah tidak suka...yang buruk-buruk sahajalah diperkatakan...

renung-renungkan...

to be continue...



Newer Posts Older Posts Home