Perlembagaan membenarkan pertukaran kerajaan di mana seseorang Perdana Menteri (PM) boleh ditukar atau dijatuhkan jika mendapat sokongan majoriti ahli parlimen. Demokrasi tidak bermakna sesebuah kerajaan itu hanya boleh ditukar semasa Pilihan raya umum sahaja. Pilihan raya sebenarnya hanya merupakan salah satu cabang di dalam proses demokrasi di mana-mna negara. Walaupun ada yang berpendapat dan merasakan bahawa lompat parti sebagai sesuatu yang tidak bermoral, namun ia sebenarnya dibenarkan di dalam demokrasi.

Ada berpendapat bahawa adalah tidak beretika tindakan seseorang yang telah dipilih oleh rakyat berdasarkan keanggotaan partinya bertukar ketaatan dan melompat ke parti yang lain. Jika calon itu percaya bahawa parti yang baru dimasuki adalah lebih baik berbanding parti yang diwakilinya sebelum ini, maka calon itu harus mempunyai keberanian dan keikhlasan hati untuk mengosongkan kerusinya dan kembali kepada rakyat untuk mendapat mandat baru.

Melompat daripada satu parti ke parti yang lain setelah memenangi mandat daripada rakyat merupakan sangat tidak adil kepada pengundi. Kita boleh juga mengatakan di sini bahawa tindakan ini melanggar praktis sistem demokrasi. Ya di dalam demokrasi memang kita mempunyai hak dan kebebasan untuk menyertai mana-mana parti yang diingini namun kita juga telah mencemarkan demokrasi apabila kita mengkhianati undian rakyat.

Maka di sini terdapat dua perspektif demokrasi. Pertama, pandangan dari wakil rakyat dan kedua ialah pandangan daripada penggundi atau rakyat. Antara dua pandangan ini yang mana satukah yang benar dan perlu diutamakan???

Mungkin kita sepatutnya kini meminta semua calon masa hadapan menandatangani satu notis awam yang menyatakan bahawa mereka tidak lagi akan meninggalkan dan memungkiri parti yang mereka wakili pada masa pilihan raya. Jika mereka berniat untuk bertukar parti, mereka seharusnya bersetuju untuk mengosongkan kerusi yang dimenangi kerana sokongan rakyat itu. Maka rakyat mempunyai hak untuk memilih kembali wakil yang mereka ingini pada pilihan raya baru yang diadakan.

to be continue...

Newer Posts Older Posts Home