lompat ala kanggar00



  1. Ketiadaan undang-undang Lompat Parti
Undang-undang merupakan satu alat yang mampu dan dapat mengawal tindak tanduk manusia. Tanpa undang-undang manusia akan bertindak sesuka hati mereka. Dilihat kepada topik yang kita perbincangkan di sini, ketiadaan undang-undang rasmi mengenai perkara lompat parti telah menyebabkan gejala lompat parti ini menjadi semakin manjadi-jadi. Oleh itu, tiadanya undang-undang dilihat sebagai salah satu penyumbang kepada berlakunya budaya lompat parti.

Undang-undang anti lompat parti sebenarnya pernah wujud di Malaysia iaitu di Kelantan, Sabah dan Sarawak. Di Kelantan iaitu pada tahun 1990, Angkatan Perpaduan Ummah yang terdiri daripada PAS dan Semangat 48 telah memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri kelantan. Pada April 1991, kerajaan negeri Kelantan telah meluluskan pindaan kepada Perlembagaan Negeri Kelantan iaitu mana-mana ahli Dewan Undangan Negeri yang merupakan ahli kepada sesebuah parti politik keluar atau disingkirkan daripada parti politik itu, kerusinya hendaklah dikosongkan.

Namun begitu, undang-undang ini telah di cabar di Mahkamah dan Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa undang-undang anti lompat parti negeri Kelantan ini sebagai tidak sah kerana ianya melanggar hak kebebasan berpersatuan yang dijamin di dalam perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan kerana hak ini dilihat sebagai hak untuk keluar daripada persatuan. Oleh itu, mahkamah berpendapat bahawa undang-undang ini bersifat ultra vires dengan Perlembagaan Persekutuan kerana hanya kerajaan Persekutuan sahaja yang mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang seumpama itu. Ultra vires di sini bermaksud melangkaui atau melebihi had kuasa.

Di Sabah pula, undang-undang anti lompat parti ini telah digubal pada 1986. Undang-undang ini pernah diluluskan pada tahun 1988 oleh mahkamah agung namun pada tahun 1993 undang-undang ini diputuskan sebagai tidak saholeh Mahkamah Tinggi berdasarkan keputusan Mahkamah Agung ke atas kes di Kalantan.

manakala Sarawak pula, Perlembagaan Negeri Sarawak pada November 1994 dengan menyatakan bahawa sesiapa yang dengan sukarela telah memberi akujanji kepada Yang diPertua Dewan bahawa tidak akan keluar daripada parti yang disertainya semasa ke Dewan Undangan Negeri. Jika beliau keluar daripada parti itu selepas dipilih, secara automatik dia bukan lagi menjadi ahli Dewan Undangan Negeri pada tarikh beliau keluar dari parti itu. Undang-undang anti lompat parti di negeri ini masih belum dicabar di Mahkamah. Keadaan undang-undang anti lompat parti tidak diluluskan dan tidak sah di sisi Mahkamah Persekutuan ini telah menyukarkan lagi kawalan terhadap amalan budaya lompat parti.

Persoalannya di sini, adakah kita sememangnya memerlukan undang-undang anti lompat parti ini???

to be continue...

Newer Posts Older Posts Home