Perbincangan

Setelah melihat apa faktor-faktor pendorong lompat parti dan kesan-kesannya...sekarang kita perbincangkan, buat ulasan dan simpulkan isu ini.


Individu yang berstatus tinggi cenderung untuk merampas kawasan, makanan dan peluang daripada individu yang mempunyai hierarki yang lebih rendah. Oleh itu, lebih tinggi status seseorang individu itu maka lebih besar peluangnya untuk berjaya selain mempunyai sumber untuk melabur bagi menjamin keturunannya yang seterusnya. Status ini bergantung kepada keupayaan untuk mendapatkan sokongan yang lain. Begitulah yang berlaku di dalam fenomena lompat parti.


Tindakan melompat parti oleh wakil rakyat menjadi krisis politik utama di negara kita pada masa kini. Perlu diingat bahawa pengundi memilih calon untuk menjadi wakil mereka di dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri berdasarkan parti politik. Maka, secara moral dan etikanya adalah salah jika wakil rakyat ingin melompat ke dalam parti yang lain selepas pilihan raya atas sebab apapun.


Tindakan ini dikira sebagai perbuatan mengkhianati pengundi yang telah meletakkan harapan dan kepercayaan kepada mereka. Oleh itu, Kerajaan harus meluluskan undang-undang anti lompat parti untuk menghentikan budaya lompat parti ini daripada berterusan. Wakil rakyat harus menyelesaikan tugas mereka kepada parti dan rakyat yang mereka wakili sebagai satu prinsip. Walaupun demikian, jika wakil rakyat berkenaan berkeras untuk menukar parti di pertengahan jalan, maka dia diharuskan untuk mengosongkan kerusinya dan mengikuti pilihan raya baru di bawah lambang parti yang baru.


Undang-undang lompat parti sangat galak diperbincangkan semasa ada ura-ura yang mengatakan bahawa 16 wakil Barisan Nasional (BN) akan bakal melompat ke Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Selepas impian Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Inrahim untuk melangkah ke Putrajaya pada 16 September yang lalu tidak menjadi kenyataan, cadangan mengenai undang-undang lompat parti pun terus senyap begitu sahaja tanpa khabar berita.


Sehinggalah ADUN Bota, Nasaruddin Hashim melompat keluar parti BN dan menyertai PKR. Dengan itu timbul kembali cadangan agar undang-undang lompat parti digubal bagi mengawal tindakan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat keluar melompat ke parti lain.


Cadangan mewujudkan rang undang-undang bagi menyekat wakil rakyat melompat parti perlu diberikan pertimbangan yang sewajarnya. Jika tidak rakyat akan menjadi semakin keliru, hilang keyakinan dan kepercayaan serta terasa seolah-olah amanah dan tanggungjawab yang diberikan krpada mereka di dalam pilihan raya adalah sesuatu yang sia-sia kerana akhirnya dikhianati. Pandangan Masyarakat terhadap individu yang melakukan lompat parti adalah serong kerana mereka yang melompat parti.


Dapat dilihat juga wang memainkan peranan yang penting dalam politik. Kita harus megakui betapa besarnya kuasa dan pengaruh wang. Walaupun pemimpin menafikan tidak melakukan amalan politik wang namun hal berkenaan politik wang ini tidak dapat disangkal kewujudannya. Di mana ada politik di situ ada wang. Yang dinamakan politik itu ialah orang yang berkuasa mempengaruhi orang yang mempunyai kurang kuasa. Bagaimana individu itu mempengaruhi individu yang lain ialah dengan bantuan wang. Siapa yang menawarkan wang yang lebih besar dan lumayan maka itulah yang akan di sanjung.


to be continue...

'underdevelopment'

Align Center

Wakil rakyat sibuk melompat parti dan tanggungjawab sebenar mereka iaitu mendengar keluhan rakyat dan melakukan pembangunan untuk negara menjadi tergendala akibat fenomena lompat parti.

Sesuatu perancangan pembangunan yang telah dibuat oleh seseorang wakil rakyat di kawasannya akan tidak terlaksana jika individu itu melompat parti. Perancangan pembangunan itu hanya akan menjadi suatu janji manis kepada rakyat dan terhenti di situ sahaja.

Jika seseorang wakil rakyat itu melompat parti maka secara automatik fahaman beliau juga harus berubah mengikut rentak parti yang baru dimasukinya itu.

Mungkin parti yang baru dimasukinya itu lebih kepada tumpuan membentuk masyarakat yang berakhlak daripada melakukan pembangunan. Maka dengan itu, wakil rakyat terbabit harus mengikut rentak parti yang baru dimasukinya.

Oleh itu, pembangunan yang telah dirancang dan dijanjikan sebelum ini hanya akan tinggal rancangan semata-mata. Pihak yang terpaksa menanggung kerugian ialah rakyat jelata akibat daripada tindakan wakil rakyat yang tidak tetap pendirian.

to be continue...

politik???

Amalan lompat parti sudah semestinya boleh memberi kesan kepada rakyat. Budaya lompat parti ini boleh mengakibatkan rakyat menjadi keliru dengan keadaan politik semasa dan tidak tahu sama ada hendak menyokong individu yang melompat parti ataupun tidak.

Rakyat juga akan merasakan bahawa undi yang telah mereka buat sebelum ini adalah tidak bermakna kerana wakil rakyat sewenang-wenangnya melompat parti. Keadaan boleh menjadi lebih teruk lagi apabila rakyat menjadi tidak endah dengan fenomena politik semasa di mana mereka akan menjadi pasif dan tidak memberi respon politik.

Ini akan menyebabkan penyertaan politik menjadi semakin menurun kerana rakyat sudah tidak percaya kepada proses pilihan raya lagi.

Proses pilihan raya dilihat sebagai satu proses yang hanya membuang masa dan duit rakyat sahaja kerana akhirnya apa yang berlaku wakil rakyat itu lompat parti juga. Proses pilihan raya menjadi tidak bermakna dan dilakukan hanya semata-mata unruk memenuhi syarat sebagai negara yang mempraktikkan demokrasi.

to be continue...

Perlembagaan membenarkan pertukaran kerajaan di mana seseorang Perdana Menteri (PM) boleh ditukar atau dijatuhkan jika mendapat sokongan majoriti ahli parlimen. Demokrasi tidak bermakna sesebuah kerajaan itu hanya boleh ditukar semasa Pilihan raya umum sahaja. Pilihan raya sebenarnya hanya merupakan salah satu cabang di dalam proses demokrasi di mana-mna negara. Walaupun ada yang berpendapat dan merasakan bahawa lompat parti sebagai sesuatu yang tidak bermoral, namun ia sebenarnya dibenarkan di dalam demokrasi.

Ada berpendapat bahawa adalah tidak beretika tindakan seseorang yang telah dipilih oleh rakyat berdasarkan keanggotaan partinya bertukar ketaatan dan melompat ke parti yang lain. Jika calon itu percaya bahawa parti yang baru dimasuki adalah lebih baik berbanding parti yang diwakilinya sebelum ini, maka calon itu harus mempunyai keberanian dan keikhlasan hati untuk mengosongkan kerusinya dan kembali kepada rakyat untuk mendapat mandat baru.

Melompat daripada satu parti ke parti yang lain setelah memenangi mandat daripada rakyat merupakan sangat tidak adil kepada pengundi. Kita boleh juga mengatakan di sini bahawa tindakan ini melanggar praktis sistem demokrasi. Ya di dalam demokrasi memang kita mempunyai hak dan kebebasan untuk menyertai mana-mana parti yang diingini namun kita juga telah mencemarkan demokrasi apabila kita mengkhianati undian rakyat.

Maka di sini terdapat dua perspektif demokrasi. Pertama, pandangan dari wakil rakyat dan kedua ialah pandangan daripada penggundi atau rakyat. Antara dua pandangan ini yang mana satukah yang benar dan perlu diutamakan???

Mungkin kita sepatutnya kini meminta semua calon masa hadapan menandatangani satu notis awam yang menyatakan bahawa mereka tidak lagi akan meninggalkan dan memungkiri parti yang mereka wakili pada masa pilihan raya. Jika mereka berniat untuk bertukar parti, mereka seharusnya bersetuju untuk mengosongkan kerusi yang dimenangi kerana sokongan rakyat itu. Maka rakyat mempunyai hak untuk memilih kembali wakil yang mereka ingini pada pilihan raya baru yang diadakan.

to be continue...

Amalan lompat parti boleh mengakibatkan rakyat menjadi keliru dengan keadaan politik semasa dan tidak tahu hendak menyokong individu yang melompat parti ataupun tidak. Rakyat juga akan merasakan bahawa undi yang telah mereka buat sebelum ini adalah tidak bermakna kerana wakil rakyat dengan sewenang-wenangnya melompat parti.

Keadaan boleh menjadi lebih teruk lagi apabila rakyat menjadi tidak endah dengan fenomena politik semasa di mana mereka akan menjadi pasif dan tidak memberi respon politik.

Ini akan menyebabkan penyertaan politik menjadi semakin menurun kerana rakyat sudah tidak percaya kepada proses pilihan raya lagi.

Rakyat lebih senang menjadi pemerhati gelagat dan perangai orang politik. Mereka mengambil pendekatan 'tidak kisah' dengan apa yang berlaku di dalam dunia politik asalkan kehidupan mereka masih berjalan seperti biasa.

Malah, ada di kalangan mereka terdiri daripada rakyat yang tidak pernah keluar mengundi. Bagi mereka undi mereka tidak membawa sebarang makna. Sama ada mereka mengundi ataupun tidak...keadaan politik negara masih sama dan tidak banyak berubah.

Proses pilihan raya dilihat sebagai satu proses yang hanya membuang masa dan duit rakyat sahaja kerana akhirnya apa yang berlaku wakil rakyat itu lompat parti juga. Proses pilihan raya menjadi tidak bermakna dan dilakukan hanya semata-mata untuk memenuhi syarat sebagai negara yang kononnya mempraktikkan sistem demokrasi.

Perkara ini adalah sangat serius kerana penggundi merupakan satu entiti utama di dalam sistem demokrasi. Pengundi yang akan menentukan siapa yang bakal memerintah negara. Tanpa pengundi siapalah pemerintah...


to be continue...


Budaya lompat parti memberi kesan mudarat kepada sesebuah parti kerana tindakan berpaling tadah ini akan menjadikan sesebuah parti itu akan kehilangan majoriti dan seterusnya akan menyebabkan kehilangan mandat atau kepercayaan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Sesebuah kerajaan boleh bertukar kepada suatu kerajaan yang baru akibat lompat parti. Seperti yang kita lihat di dalam kes politik di negeri Perak, di mana krisis perlembagaan Perak merupakan pertikaian satu pertikaian politik mengenai kesahihan kerajaan negeri Perak.

Semua ini bermula apabila 4 ahli DUN dari Pakatan Rakyat melompat parti dan memberi kelebihan kepada parti BN. Oleh itu, BN berjaya meyakinkan Sultan Perak supaya membubarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan seterusnya menggantikannya dengan kerajaan BN.

Sebelum krisis ini berlaku, Pakatan Rakyat pada mulanya mempunyai 32 ahli DUN sementara BN mempunyai 27 ahli DUN. Semasa krisis ini berlaku, 3 ahli DUN Pakatan Rakyat melompat parti dan menjadi wakil rakyat bebas. Manakala seorang lagi yang sebelum ini keluar parti UMNO dan menyertai Parti Keadilan Nasional kembali semula menyertai UMNO.

Keadaan ini telah menyebabkan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri telah berubah. Pakatan Rakyat dan BN mempunyai bilangan kerusi yang sama iaitu 28 serta terdapat 3 orang wakil bebas.

Di dalam krisis perlembagaan ini terdapat beberapa isu utama yang timbul iaitu gejala lompat parti, bidang kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak serta bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

to be continue...

Kesan budaya lompat parti yang dapat dikenalpasti ialah
  1. kesan terhadap parti berkenaan
  2. kesan kepada rakyat atau penggundi
  3. kesan kepada sistem demokrasi
  4. kesan terhadap keadaan politik semasa negara.
  5. kesan terhadap pembangunan negara
to be continue...


Faktor seterusnya ialah perasaan tidak puas hati. Seseorang wakil rakyat itu adalah cenderung untuk menukar atau melompat parti disebabkan oleh rasa tidak puas hati kepada parti yang disertainya. Sejauh mana benarnya hipotesis ini?

Mari kita lihat...

Pada 25 Januari 2009 yang lalu, Dato' Nasharuddin Hashim telah malompat daripada BN ke PKR. Hal ini telah dinyatakan dan diumumkan oleh Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR Petaling Jaya.

Dato' Nasharuddin merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Bota, Perak setelah beliau menang di dalam PRU 2008 yang lalu. Beliau adalah ahli Dewan Undangan Negeri pertama dari parti BN dan ahli DUN kedua menyertai PKR sejak 08 Mac 2008.

Tindakan Nasharuddin melompat parti dilihat sebagai satu tindakan yang tidak wajar. Ini mungkin disebabkan oleh kekalahan beliau di dalam pertandingan jawatan Ketua UMNO Bahagian Parit pada Oktober 2008 di mana beliau tewas kepada Datuk Mohd Zaim Abu Hassan.

Adakah hanya dengan disebabkan beliau tidak berjaya merebut jawatan itu maka beliau mengambil keputusan dan bertindak meninggalkan parti yang selama ini memberi ini memberikan kepercayaan penuh kepadanya?

Seterusnya pula kes Datuk Zahar Ibrahim yang merupakan ahli politik UMNO yang telah melompat ke dalam parti PAS. Beliau telah menjadi ahli parti UMNO selama 26 tahun dan menjawat jawatan sebagai ketua bahagian UMNO Petaling Jaya Selatan. Selain itu, beliau juga pernah menjadi ahli DUN Taman Medan, Selangor.

Zahar Ibrahim pernah mengkritik berkenaan dengan penyalahgunaan kuasa Perdana Menteri, Datuk Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Najib Tun Razak dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di PWTC.

Akibat daripada kritikan tersebut, jawatannya sebagai ketua UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan telah digantung selama 3 tahun oleh Majlis Tertinggi UMNO yang bermula pada 3 Disember 2008.

Beliau berpendapat bahawa pemimpin tertinggi UMNO tidak lagi mengambil kira kepentingan dan kehendak rakyat terutamanya orang melayu. Lantas beliau mengambil tindakan melompat parti pada 24 Disember 2008 dengan secara mengejut dan menyertai parti pembangkang PAS.

Kita dapat lihat di sini bahawa Datuk Zahar nampaknya tidak berpuashati dengan pucuk pimpinan parti UMNO dan seterusnya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti tersebut.

Yang sebenarnya, beliaulah yang bertindak mengikut perasaan dan hati sendiri tanpa mengambilkira apa yang difikirkan oleh rakyat setelah beliau melompat parti...bukankah tindakan beliau mendahulukan kepentingan sendiri lebih daripada kepentingan rakyat yang telah mengundi beliau atas tiket parti UMNO?

seperti kata pepatah melayu...habis madu sepah dibuang...bila sudah tidak suka...yang buruk-buruk sahajalah diperkatakan...

renung-renungkan...

to be continue...





siapa banyak duit...dialah yang berkuasa...

2. Politik Wang



Faktor seterusnya yang mendorong kepada budaya lompat parti ini ialah faktor politik wang atau 'money politics'. Faktor ini merupakan satu faktor utama kerana di mana ada politik di situ ada wang dan kuasa.

Jika parti politik dengan teliti mewakili pengundi, pilihan raya akan menjanjikan kemungkinan perubahan yang lebih baik. Alasan yang penting kenapa sesebuah parti yang konservatif memerlukan lebih daripada undi untuk menang di mana mereka juga memerlukan wang pada masa yang sama. Ini adalah kerana 'wang' merupakan saru lambang 'kuasa'. Sesiapa yang mempunyai 'wang' yang lebih banyak maka 'kuasa' di dalam tangannya jyga adalah lebih banyak berbanding mereka yang tidak mempunyai 'wang'.


Politik wang ialah istilah bagi perlakuan menggunakan wang ringgit di dalam mempengaruhi tindakan seseorang ahli atau perwakilan. Hal ini dilakukan dengan menawarkan sejumlah wang yang lumayan kepada seseorang untuk mempengaruhi tindakan atau untuk mendapatkan sokongannya.


Politik wang merupakan produk penglibatan politik di dalam perniagaan yang tidak berasas yang mana telah menjadi semakin berleluasa di Malaysia. Fenomena ini telah berkembang dengan cepat di dalam arena politik Malaysia. Walaupun kebiasaannya ditegaskan bahawa amalan politik wang ini adalah tidak baik namun pada realitinya amalan ini dipraktiskan dengan meluas. Begitulah yang berlaku di dalam arena politik kita. Ada pihak yang membayar atau menawarkan sejumlah wang yang lumayan kepada pihak yang lain supaya pihak itu melompat ke dalam partinya. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai wang yang banyak...maka dialah yang menang dan memperoleh 'kuasa'.

Menurut Lukes (1974), konsepsi utama di dalam kekuasaan boleh digambarkan di dalam gambaran seorang ejen yang mempengaruhi ejen yang lain. Gambaran kekuasaan bermaksud sebagai usaha untuk memahami segala sesuatu yang menyebabkan terjadinya pertukaran sosial. Analisa konseptual tentang kekuasaan menghadkan perhatian pada kepentingan yang mempengaruhi dan menekankan bahawa kekuasaan sedikit ataupun banyak tidak akan terlepas daripada konflik kepentingan. Keperluan setiap penggunaan kekuasaan yang melanggar kepentingan ejen lain akan menyebabkan timbulnya rasa permusuhan.

Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa 'wang' memainkan peranan yang penting di dalam dunia politik kerana ia mampu mempengaruhi tindakan, tingkahlaku dan keputusan seseorang. Maka apa yang penting di sini ialah sama ada sesorang itu 'terpengaruh' atau 'tidak' daripada memakan umpan yang diberikan oleh pihak yang terbabit. Kita sepatutnya tidak mudah dibeli dengan wang ringgit dan perlu teguh bersama parti yang kita sokong selama ini.


to be continue...




lompat ala kanggar00



  1. Ketiadaan undang-undang Lompat Parti
Undang-undang merupakan satu alat yang mampu dan dapat mengawal tindak tanduk manusia. Tanpa undang-undang manusia akan bertindak sesuka hati mereka. Dilihat kepada topik yang kita perbincangkan di sini, ketiadaan undang-undang rasmi mengenai perkara lompat parti telah menyebabkan gejala lompat parti ini menjadi semakin manjadi-jadi. Oleh itu, tiadanya undang-undang dilihat sebagai salah satu penyumbang kepada berlakunya budaya lompat parti.

Undang-undang anti lompat parti sebenarnya pernah wujud di Malaysia iaitu di Kelantan, Sabah dan Sarawak. Di Kelantan iaitu pada tahun 1990, Angkatan Perpaduan Ummah yang terdiri daripada PAS dan Semangat 48 telah memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri kelantan. Pada April 1991, kerajaan negeri Kelantan telah meluluskan pindaan kepada Perlembagaan Negeri Kelantan iaitu mana-mana ahli Dewan Undangan Negeri yang merupakan ahli kepada sesebuah parti politik keluar atau disingkirkan daripada parti politik itu, kerusinya hendaklah dikosongkan.

Namun begitu, undang-undang ini telah di cabar di Mahkamah dan Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa undang-undang anti lompat parti negeri Kelantan ini sebagai tidak sah kerana ianya melanggar hak kebebasan berpersatuan yang dijamin di dalam perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan kerana hak ini dilihat sebagai hak untuk keluar daripada persatuan. Oleh itu, mahkamah berpendapat bahawa undang-undang ini bersifat ultra vires dengan Perlembagaan Persekutuan kerana hanya kerajaan Persekutuan sahaja yang mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang seumpama itu. Ultra vires di sini bermaksud melangkaui atau melebihi had kuasa.

Di Sabah pula, undang-undang anti lompat parti ini telah digubal pada 1986. Undang-undang ini pernah diluluskan pada tahun 1988 oleh mahkamah agung namun pada tahun 1993 undang-undang ini diputuskan sebagai tidak saholeh Mahkamah Tinggi berdasarkan keputusan Mahkamah Agung ke atas kes di Kalantan.

manakala Sarawak pula, Perlembagaan Negeri Sarawak pada November 1994 dengan menyatakan bahawa sesiapa yang dengan sukarela telah memberi akujanji kepada Yang diPertua Dewan bahawa tidak akan keluar daripada parti yang disertainya semasa ke Dewan Undangan Negeri. Jika beliau keluar daripada parti itu selepas dipilih, secara automatik dia bukan lagi menjadi ahli Dewan Undangan Negeri pada tarikh beliau keluar dari parti itu. Undang-undang anti lompat parti di negeri ini masih belum dicabar di Mahkamah. Keadaan undang-undang anti lompat parti tidak diluluskan dan tidak sah di sisi Mahkamah Persekutuan ini telah menyukarkan lagi kawalan terhadap amalan budaya lompat parti.

Persoalannya di sini, adakah kita sememangnya memerlukan undang-undang anti lompat parti ini???

to be continue...

Apa yang dimaksudkan dengan 'lompat parti'? Bagaimana mahu melakukan 'lompat parti ini? Adakah harus melompat seperti katak? ataupun kanggaru? (sekadar berjenaka) ;)

'Lompat parti' boleh diertikan sebagai satu tindakan seseorang yang meninggalkan sesuatu parti politik yang ikutinya sebelum ini dan beralih kepada parti politik yang lain. Persoalannya di sini ...adakah tindakan 'lompat parti' ini wajar ataupun tidak? Ada yang menyatakan bahawa tindakan ini tidak salah tetapi dengan syarat. Apa syaratnya? Syaratnya...seseorang yang melakukan 'lompat parti' boleh melompat parti jika ia bertujuan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat. Tidak kurang juga dengan pendapat yang membantah tindakan ini. Mereka berpendapat bahawa seseorang wakil rakyat yang melompat parti ini adalah seorang pengkhianat, penderhaka dan tidak beretika. Ini adalah kerana, tindakan ini melanggar amanah yang telah diberikan oleh para penggundi kepada wakil rakyat yang berkenaan. Jika seorang wakil rakyat itu melakukan 'lompat parti'...maka beliau telah membelakangkan rakyat kerana setiap keputusan yang dilakukan akan memberi kesan kepada penggundinya iaitu rakyat. Beliau harus sedar bahawa kerusi yang dimenanginya ialah hasil daripada undian rakyat. Oleh itu, beliau tidak boleh bertindak sesuka hati. Mungkin penggundi yang mengundi beliau bukanlah disebabkan oleh diri dan personaliti beliau tetapi mungkin disebabkan oleh parti yang diwakili oleh beliau.

Perkara seterusnya yang ingin kita ketahui di sini apakah yang mendorong seseorang itu melakukan 'lompat parti'? atau lebih tepat lagi...punca atau faktor penyebab berlakunya gejala lompat parti ini.

to be continue...


Apa pendapat anda mengenai fenomena politik negara kita sekarang? Mungkin ada di antara anda yang menggelengkan kepala tatkala memikirkan situasi yang berlaku di dalam pentas politik tanahair kita. Belakangan ini isu mengenai 'lompat parti' hangat diperkatakan dan menjadi bahan bualan di kalangan kita rakyat malaysia tidak mengira bangsa, umur dan pangkat. Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri mengenai isu ini. Ada yang bersetuju dan ada pula yang mengutuk tindakan 'lompat parti' ini.

Sebenarnya, fenomena 'lompat parti' atau 'party hopping' ini bukanlah suatu isu yang baru di negara kita. Ia merupakan satu isu yang telah lama tetapi muncul kembali apabila terdapatnya wakil rakyat yang melakukan amalan 'lompat parti' belakangan ini. Topik ini mendapat perhatian yang lebih serius lagi apabila tindakan 'lompat parti' di kalangan wakil rakyat semakin menjadi-jadi. Ada saja kejutan yang berlaku setiap hari.

Oleh itu, kita akan membincangkan apakah yang menyebabkan situasi ini berlaku dan apakah kesan daripada amalan ini sama ada kepada negara, rakyat atau penggundi, parti dan juga kesan ke atas wakil rakyat itu sendiri.

to be continue...

Newer Posts Home