Amalan lompat parti boleh mengakibatkan rakyat menjadi keliru dengan keadaan politik semasa dan tidak tahu hendak menyokong individu yang melompat parti ataupun tidak. Rakyat juga akan merasakan bahawa undi yang telah mereka buat sebelum ini adalah tidak bermakna kerana wakil rakyat dengan sewenang-wenangnya melompat parti.

Keadaan boleh menjadi lebih teruk lagi apabila rakyat menjadi tidak endah dengan fenomena politik semasa di mana mereka akan menjadi pasif dan tidak memberi respon politik.

Ini akan menyebabkan penyertaan politik menjadi semakin menurun kerana rakyat sudah tidak percaya kepada proses pilihan raya lagi.

Rakyat lebih senang menjadi pemerhati gelagat dan perangai orang politik. Mereka mengambil pendekatan 'tidak kisah' dengan apa yang berlaku di dalam dunia politik asalkan kehidupan mereka masih berjalan seperti biasa.

Malah, ada di kalangan mereka terdiri daripada rakyat yang tidak pernah keluar mengundi. Bagi mereka undi mereka tidak membawa sebarang makna. Sama ada mereka mengundi ataupun tidak...keadaan politik negara masih sama dan tidak banyak berubah.

Proses pilihan raya dilihat sebagai satu proses yang hanya membuang masa dan duit rakyat sahaja kerana akhirnya apa yang berlaku wakil rakyat itu lompat parti juga. Proses pilihan raya menjadi tidak bermakna dan dilakukan hanya semata-mata untuk memenuhi syarat sebagai negara yang kononnya mempraktikkan sistem demokrasi.

Perkara ini adalah sangat serius kerana penggundi merupakan satu entiti utama di dalam sistem demokrasi. Pengundi yang akan menentukan siapa yang bakal memerintah negara. Tanpa pengundi siapalah pemerintah...


to be continue...


Newer Posts Older Posts Home