siapa banyak duit...dialah yang berkuasa...

2. Politik Wang



Faktor seterusnya yang mendorong kepada budaya lompat parti ini ialah faktor politik wang atau 'money politics'. Faktor ini merupakan satu faktor utama kerana di mana ada politik di situ ada wang dan kuasa.

Jika parti politik dengan teliti mewakili pengundi, pilihan raya akan menjanjikan kemungkinan perubahan yang lebih baik. Alasan yang penting kenapa sesebuah parti yang konservatif memerlukan lebih daripada undi untuk menang di mana mereka juga memerlukan wang pada masa yang sama. Ini adalah kerana 'wang' merupakan saru lambang 'kuasa'. Sesiapa yang mempunyai 'wang' yang lebih banyak maka 'kuasa' di dalam tangannya jyga adalah lebih banyak berbanding mereka yang tidak mempunyai 'wang'.


Politik wang ialah istilah bagi perlakuan menggunakan wang ringgit di dalam mempengaruhi tindakan seseorang ahli atau perwakilan. Hal ini dilakukan dengan menawarkan sejumlah wang yang lumayan kepada seseorang untuk mempengaruhi tindakan atau untuk mendapatkan sokongannya.


Politik wang merupakan produk penglibatan politik di dalam perniagaan yang tidak berasas yang mana telah menjadi semakin berleluasa di Malaysia. Fenomena ini telah berkembang dengan cepat di dalam arena politik Malaysia. Walaupun kebiasaannya ditegaskan bahawa amalan politik wang ini adalah tidak baik namun pada realitinya amalan ini dipraktiskan dengan meluas. Begitulah yang berlaku di dalam arena politik kita. Ada pihak yang membayar atau menawarkan sejumlah wang yang lumayan kepada pihak yang lain supaya pihak itu melompat ke dalam partinya. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai wang yang banyak...maka dialah yang menang dan memperoleh 'kuasa'.

Menurut Lukes (1974), konsepsi utama di dalam kekuasaan boleh digambarkan di dalam gambaran seorang ejen yang mempengaruhi ejen yang lain. Gambaran kekuasaan bermaksud sebagai usaha untuk memahami segala sesuatu yang menyebabkan terjadinya pertukaran sosial. Analisa konseptual tentang kekuasaan menghadkan perhatian pada kepentingan yang mempengaruhi dan menekankan bahawa kekuasaan sedikit ataupun banyak tidak akan terlepas daripada konflik kepentingan. Keperluan setiap penggunaan kekuasaan yang melanggar kepentingan ejen lain akan menyebabkan timbulnya rasa permusuhan.

Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa 'wang' memainkan peranan yang penting di dalam dunia politik kerana ia mampu mempengaruhi tindakan, tingkahlaku dan keputusan seseorang. Maka apa yang penting di sini ialah sama ada sesorang itu 'terpengaruh' atau 'tidak' daripada memakan umpan yang diberikan oleh pihak yang terbabit. Kita sepatutnya tidak mudah dibeli dengan wang ringgit dan perlu teguh bersama parti yang kita sokong selama ini.


to be continue...


Newer Posts Older Posts Home