Budaya lompat parti memberi kesan mudarat kepada sesebuah parti kerana tindakan berpaling tadah ini akan menjadikan sesebuah parti itu akan kehilangan majoriti dan seterusnya akan menyebabkan kehilangan mandat atau kepercayaan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Sesebuah kerajaan boleh bertukar kepada suatu kerajaan yang baru akibat lompat parti. Seperti yang kita lihat di dalam kes politik di negeri Perak, di mana krisis perlembagaan Perak merupakan pertikaian satu pertikaian politik mengenai kesahihan kerajaan negeri Perak.

Semua ini bermula apabila 4 ahli DUN dari Pakatan Rakyat melompat parti dan memberi kelebihan kepada parti BN. Oleh itu, BN berjaya meyakinkan Sultan Perak supaya membubarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan seterusnya menggantikannya dengan kerajaan BN.

Sebelum krisis ini berlaku, Pakatan Rakyat pada mulanya mempunyai 32 ahli DUN sementara BN mempunyai 27 ahli DUN. Semasa krisis ini berlaku, 3 ahli DUN Pakatan Rakyat melompat parti dan menjadi wakil rakyat bebas. Manakala seorang lagi yang sebelum ini keluar parti UMNO dan menyertai Parti Keadilan Nasional kembali semula menyertai UMNO.

Keadaan ini telah menyebabkan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri telah berubah. Pakatan Rakyat dan BN mempunyai bilangan kerusi yang sama iaitu 28 serta terdapat 3 orang wakil bebas.

Di dalam krisis perlembagaan ini terdapat beberapa isu utama yang timbul iaitu gejala lompat parti, bidang kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak serta bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

to be continue...

Newer Posts Older Posts Home