Perbincangan

Setelah melihat apa faktor-faktor pendorong lompat parti dan kesan-kesannya...sekarang kita perbincangkan, buat ulasan dan simpulkan isu ini.


Individu yang berstatus tinggi cenderung untuk merampas kawasan, makanan dan peluang daripada individu yang mempunyai hierarki yang lebih rendah. Oleh itu, lebih tinggi status seseorang individu itu maka lebih besar peluangnya untuk berjaya selain mempunyai sumber untuk melabur bagi menjamin keturunannya yang seterusnya. Status ini bergantung kepada keupayaan untuk mendapatkan sokongan yang lain. Begitulah yang berlaku di dalam fenomena lompat parti.


Tindakan melompat parti oleh wakil rakyat menjadi krisis politik utama di negara kita pada masa kini. Perlu diingat bahawa pengundi memilih calon untuk menjadi wakil mereka di dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri berdasarkan parti politik. Maka, secara moral dan etikanya adalah salah jika wakil rakyat ingin melompat ke dalam parti yang lain selepas pilihan raya atas sebab apapun.


Tindakan ini dikira sebagai perbuatan mengkhianati pengundi yang telah meletakkan harapan dan kepercayaan kepada mereka. Oleh itu, Kerajaan harus meluluskan undang-undang anti lompat parti untuk menghentikan budaya lompat parti ini daripada berterusan. Wakil rakyat harus menyelesaikan tugas mereka kepada parti dan rakyat yang mereka wakili sebagai satu prinsip. Walaupun demikian, jika wakil rakyat berkenaan berkeras untuk menukar parti di pertengahan jalan, maka dia diharuskan untuk mengosongkan kerusinya dan mengikuti pilihan raya baru di bawah lambang parti yang baru.


Undang-undang lompat parti sangat galak diperbincangkan semasa ada ura-ura yang mengatakan bahawa 16 wakil Barisan Nasional (BN) akan bakal melompat ke Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Selepas impian Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Inrahim untuk melangkah ke Putrajaya pada 16 September yang lalu tidak menjadi kenyataan, cadangan mengenai undang-undang lompat parti pun terus senyap begitu sahaja tanpa khabar berita.


Sehinggalah ADUN Bota, Nasaruddin Hashim melompat keluar parti BN dan menyertai PKR. Dengan itu timbul kembali cadangan agar undang-undang lompat parti digubal bagi mengawal tindakan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat keluar melompat ke parti lain.


Cadangan mewujudkan rang undang-undang bagi menyekat wakil rakyat melompat parti perlu diberikan pertimbangan yang sewajarnya. Jika tidak rakyat akan menjadi semakin keliru, hilang keyakinan dan kepercayaan serta terasa seolah-olah amanah dan tanggungjawab yang diberikan krpada mereka di dalam pilihan raya adalah sesuatu yang sia-sia kerana akhirnya dikhianati. Pandangan Masyarakat terhadap individu yang melakukan lompat parti adalah serong kerana mereka yang melompat parti.


Dapat dilihat juga wang memainkan peranan yang penting dalam politik. Kita harus megakui betapa besarnya kuasa dan pengaruh wang. Walaupun pemimpin menafikan tidak melakukan amalan politik wang namun hal berkenaan politik wang ini tidak dapat disangkal kewujudannya. Di mana ada politik di situ ada wang. Yang dinamakan politik itu ialah orang yang berkuasa mempengaruhi orang yang mempunyai kurang kuasa. Bagaimana individu itu mempengaruhi individu yang lain ialah dengan bantuan wang. Siapa yang menawarkan wang yang lebih besar dan lumayan maka itulah yang akan di sanjung.


to be continue...

'underdevelopment'

Align Center

Wakil rakyat sibuk melompat parti dan tanggungjawab sebenar mereka iaitu mendengar keluhan rakyat dan melakukan pembangunan untuk negara menjadi tergendala akibat fenomena lompat parti.

Sesuatu perancangan pembangunan yang telah dibuat oleh seseorang wakil rakyat di kawasannya akan tidak terlaksana jika individu itu melompat parti. Perancangan pembangunan itu hanya akan menjadi suatu janji manis kepada rakyat dan terhenti di situ sahaja.

Jika seseorang wakil rakyat itu melompat parti maka secara automatik fahaman beliau juga harus berubah mengikut rentak parti yang baru dimasukinya itu.

Mungkin parti yang baru dimasukinya itu lebih kepada tumpuan membentuk masyarakat yang berakhlak daripada melakukan pembangunan. Maka dengan itu, wakil rakyat terbabit harus mengikut rentak parti yang baru dimasukinya.

Oleh itu, pembangunan yang telah dirancang dan dijanjikan sebelum ini hanya akan tinggal rancangan semata-mata. Pihak yang terpaksa menanggung kerugian ialah rakyat jelata akibat daripada tindakan wakil rakyat yang tidak tetap pendirian.

to be continue...

politik???

Amalan lompat parti sudah semestinya boleh memberi kesan kepada rakyat. Budaya lompat parti ini boleh mengakibatkan rakyat menjadi keliru dengan keadaan politik semasa dan tidak tahu sama ada hendak menyokong individu yang melompat parti ataupun tidak.

Rakyat juga akan merasakan bahawa undi yang telah mereka buat sebelum ini adalah tidak bermakna kerana wakil rakyat sewenang-wenangnya melompat parti. Keadaan boleh menjadi lebih teruk lagi apabila rakyat menjadi tidak endah dengan fenomena politik semasa di mana mereka akan menjadi pasif dan tidak memberi respon politik.

Ini akan menyebabkan penyertaan politik menjadi semakin menurun kerana rakyat sudah tidak percaya kepada proses pilihan raya lagi.

Proses pilihan raya dilihat sebagai satu proses yang hanya membuang masa dan duit rakyat sahaja kerana akhirnya apa yang berlaku wakil rakyat itu lompat parti juga. Proses pilihan raya menjadi tidak bermakna dan dilakukan hanya semata-mata unruk memenuhi syarat sebagai negara yang mempraktikkan demokrasi.

to be continue...

Perlembagaan membenarkan pertukaran kerajaan di mana seseorang Perdana Menteri (PM) boleh ditukar atau dijatuhkan jika mendapat sokongan majoriti ahli parlimen. Demokrasi tidak bermakna sesebuah kerajaan itu hanya boleh ditukar semasa Pilihan raya umum sahaja. Pilihan raya sebenarnya hanya merupakan salah satu cabang di dalam proses demokrasi di mana-mna negara. Walaupun ada yang berpendapat dan merasakan bahawa lompat parti sebagai sesuatu yang tidak bermoral, namun ia sebenarnya dibenarkan di dalam demokrasi.

Ada berpendapat bahawa adalah tidak beretika tindakan seseorang yang telah dipilih oleh rakyat berdasarkan keanggotaan partinya bertukar ketaatan dan melompat ke parti yang lain. Jika calon itu percaya bahawa parti yang baru dimasuki adalah lebih baik berbanding parti yang diwakilinya sebelum ini, maka calon itu harus mempunyai keberanian dan keikhlasan hati untuk mengosongkan kerusinya dan kembali kepada rakyat untuk mendapat mandat baru.

Melompat daripada satu parti ke parti yang lain setelah memenangi mandat daripada rakyat merupakan sangat tidak adil kepada pengundi. Kita boleh juga mengatakan di sini bahawa tindakan ini melanggar praktis sistem demokrasi. Ya di dalam demokrasi memang kita mempunyai hak dan kebebasan untuk menyertai mana-mana parti yang diingini namun kita juga telah mencemarkan demokrasi apabila kita mengkhianati undian rakyat.

Maka di sini terdapat dua perspektif demokrasi. Pertama, pandangan dari wakil rakyat dan kedua ialah pandangan daripada penggundi atau rakyat. Antara dua pandangan ini yang mana satukah yang benar dan perlu diutamakan???

Mungkin kita sepatutnya kini meminta semua calon masa hadapan menandatangani satu notis awam yang menyatakan bahawa mereka tidak lagi akan meninggalkan dan memungkiri parti yang mereka wakili pada masa pilihan raya. Jika mereka berniat untuk bertukar parti, mereka seharusnya bersetuju untuk mengosongkan kerusi yang dimenangi kerana sokongan rakyat itu. Maka rakyat mempunyai hak untuk memilih kembali wakil yang mereka ingini pada pilihan raya baru yang diadakan.

to be continue...

Newer Posts Older Posts Home